FAHMI In d’ HOUSE

10
Nov
2006

FLASHBACK

by zulfahami

Memori yg Lepas

Meskipun sesuatu perkara itu telah berlalu kira-kira 3,4 minggu yg lalu,ia masih dianggap satu kenangan dan memori. Ya,selagi kita berupaya mengingatinya.. Sebut pasal perkara ni, pastinya hadiah daripada tmnet akan kekal menjadi memori. 2,3 hari yg lepas, hadiah drp tmnet yg aku nanti2kan tu akhirnya kunjung tiba. Terima kasih mr.posmen krn menghantar parcel tu. Hadiah yg aku dapat bukannya grand sgt. cuma sehelai tshirt oren,beg bimbit,mousepad dan notepad je.. Tak sangka my first activated tmnet prepaid terus dpt prize. Kira okey la tu..padan ngan hadiah yg aku dapat.

Ari tu,aku ada kemas2 sikit rak buku kat umah aku, dan terjumpa lah majalah sekolah, majalah MURNI.. Belek punya belek,aku stop kat ruang karya pelajar. Hahaha. Tak sangka aku terjumpa cerpen yg aku tulis dulu. Cikgu saidah ismail selaku cikgu b.melayu aku sewaktu form 4 dulu yg suruh aku hantar nukilan tu. Asalnya cerpen tu aku buat sbg karangan kerja sekolah je. Tak sangka cikgu pun tertarik..hahaha. Aku rasa, cerpen tu biasa je.. Nah, cerpen yg aku buat tu sbg tatapan umum dan mengembalikan sedikit nostalgia bila aku membacanya semula:

RINTIHAN LARA SEORANG ANAK

Ke pangkuan mama yg Erni dan Adik Eti rindui. Mama, sekali lagi Erni ‘bertemu’ mama stlh lama kita terpisah jauh. Sekali lagi Erni ingin mengemukakan soalan yg sama, mama! Soalan yg sudah sering Erni tanyakan pada mama dan juga pada Tuhan. Bilakah agaknya Tuhan akan mendengar dan mengabulkan permintaan Erni? Bilakah agaknya hidup Erni dan Adik Eti akan berubah corak dan rentaknya? Erni tahu mama sayangkan kami, kan? Nenek juga sayangkan kami. Namum mama dah tak dapat belai Erni dan Adik Eti mcm dulu. Erni tidak dapat mencium mama, menghidu harumankenanga yg selalu mama selitkan pd sanggul mama.

Oh ya mama! Pohon kenanga di halaman rumah masih terjaga rapi, malah semakin lebat bunganya. Namun, pokok itu juga yg makcik benci. Maksud Erni, makcik tak suka apabila Erni dan Adik Eti bersungguh-sungguh menjaga pohon kesayangan mama. Pernah satu ketika makcik suruh papa tebang pokok itu. Katanya banyak kumbang, nanti Rafi digigitnya. Sbnrnya makcik berbohong, Erni dan Adik Eti selalu pungut dan bunuh kumbang-kumbang di pohon kenanga itu. Makcik sengaja sakit hati melihat kami bahagia menjaga pohon itu. Makcik suka melihat kami menangis dan menderita, mama! Makcik benci melihat kami gembira.

Mama nak tau tentang Adik Eti? Kasihan dia, mama. Dia baru saja tertidur. Tidurnya dlm tangisan. Berkali-kali dia ajak Erni berjumpa mama. Namun apatah daya Erni, mama? Perginya mama tak dapat kami susuli, jauhnya mama tak dapat kami ziarahi. Berkali-kali juga Erni cuba terangkan pd Adik Eti tapi dia bagaikan sengaja tidak mahu mengerti. Oh, mama bertanya mengapa Adik Eti menangis? Pilu kisahnya mama tetapi mama mesti berjanji tidak akan bersedih ya, mama? Sebenarnya petang tadi makcik suruh erni bakar smpah di belakang rumah. Ermi patuh mama, Erni tidak membantah kerana Erni tahu penangannya kakau membantah. Lagi pun Erni suka tolong mama bakar sampah dulu, kan mama?

Semasa Erni bakar sampah, Adik Eti dan Rafi ada sama. Mama dah kenal Rafi kan? Ermi dah pernah ceritakan pd mama dulu. Skrg ni Rafi dah berumur empat tahun, hanya dua tahun muda drp Adik Eti. Sbnrnya kami tak berapa gemar bermain dgn Rafi. Mama tahu kenapa? Rafi bukannya boleh salah sikit. Raungannya satu kampung boleh dengar. Jadi Erni dan Adik Eti juga yg terima habuannya. Kalau tak diajak bermain pun,dia menangis juga. Begitu sengsara hidup kami, mama! Oh ya, ptg td mcm biasa Adik Eti peluk patung yg mama buatkan untuknya dulu. Mama, patung itulah yg menjadi penawar rindu Adik Eti pd mama. Dipeluk setiap mlm, dikelek ke hulu ke hilir, itulah pelerai rindunya buat mama, namun sayangnya mama, anak patung tu sudah bertukar rupa, berubah wajah dan pilu Erni memandangnya mama, apatah lagi adik Eti!

Mama hendak tahu sebabnya? Entah mengapa, ptg td Rafi cuba merebut patung tersebut drp Adik Eti. Biasanya Rafi tak mcm tu. Adik Eti memang pantang kalau anak patungnya diusik. Kalau mainan lain, Adik Eti mengalah tetapi kali ni tidak! Adik Eti kelihatan bersungguh-sungguh. Tidak rela pelerai rindunya diusik org lain. Tiba-tiba papa dan makcik keluar! Papa bertanya kpd Erni apa yg berlaku, namun Erni membisu. Maafkan Erni mama kalau mama menyangka Erni tak mahu membela Adik Eti. Bukan tak mahu tetapi Erni tahu, tiada akan percayakan kata-kata Erni. Biar apa pun yg Erni katakan, tetap bersalah, erni atau Adik Eti. Adik Eti terus berebutkan anak patung itu tanpa mempedulikan kehadiran papa. Papa naik marah dan terus merampasnya dan mahu menghumbankan ke dlm api. Erni lekas-lekas menerpa papa. Erni cuba menyelamatkan anak patung itu tetapi mama tahu apa yg papa lakukan? Papa tolak Erni dan terus membuangnya ke dlm api. Kemudian papa terus memujuk Rafi dan membawanya masuk ke dlm rumah.

Mama nak tahu? Sewaktu papa tolak tadi, Erni terjatuh dan lengan Erni terkena plastic yang masih berbara. Mama bertanya; sakit atau tidak? Tidak mama! Tidak sakit langsung tetapi yang nian sakit adalah hati Erni. Pedih! Perit! Kalau makcik yang buat begitu, tak mengapa! Namun papa yang selama inimenjadi tempat kami bermanja sanggup buat kami begini… Kalaulah mama dapat melihat senyuman di bibir makcik ketika itu.., makcik menang, mama! Makcik menang tanpa perlu berjuang menghasut papa. Kenapa papa sanggup buat kami begini sedangkan kami ini anak-anaknya. Oh ya! Erni sempat menyelamatkan anak patung tersebut, mama. Erni kuis ke tepi dengan menggunakan sebatang kayu. Erni dapat selamatkannya tapi ia sudah bertukar rupa. Sebahagiannya hangus. Tentu pilu bila mama memandangnya. Erni rasakan seperti Erni yang dibakar papa.

Sewaktu makan malam tadi, papa nampak menyesal. Papa ubatkan luka di tangan Erni. Papa berjanji untuk belikan Adik Eti anak patung baru, tapi semua tu tak guna. Kasihan adik eti, erni bungkus anak patung tu dengan plastic supaya abunya tidak mengotori lantai rumah. Itulah yang dicium dengan derail air mata sehingga dia tertidur dalam kepiluan. Nanti Erni akan cuba cari kain perca lain untuk membaiki patung itu. Erni cuba buat secantik yang mama buat. Erni cuba ya, mama!

Nenek? Mama suruh Erni minta tolong daripadanya buatkan anak patung itu? Tak mungkin , mama. Erni sendiri sudah terlalu lama tidak bertemu dengan nenek. Bukan kami dah lupa atau membencinya. Dulu, memang nenek yang menjaga kami. Nenek tiadk pernah meninggalkan kami sendirian, ada saja sendanya, ada saja ceritanya dan baik sungguh layanannya. Namun itu cerita dulu-dulu. Sayangnya mama, bahagia hanya sementara. Segala-galanya berubah apila makcik dan Rafi hadir dalam rumah ini. Pada mulanya makcik baik dan penyayang dan papa mengajr kami memanggilnya emak! Tetapi segalanya hanya sementara saja. Makcik sendiri akhirnya tidak mahu lagi membahasakan dirinya emak! Kami bukan anaknya, mama!

Nenek sendiri tidak tertahan disindir dan diperli setiap masa. Nenek tidak sanggup melihat kami ditengking, diherdik saban ketika. Malah, nenek pernah dikatakan ingin menghabiskan hartanya apabila memecahkan pinggan yang dibeli makcik. Nenek bikan sengaja, mama! Nenek terlepas pinggan tersebut apabila mengemas meja selepas makcik makan. Perli dan sindiran makcik tidak berbalaoi dengan kesalahan yang dilakukan nenek. Mulanya dahulu, papa sering juga membela kami, tapi kini… papa sendiri sudah hilang kasihnya. Apalah yang dapat nenek katakana, anaknya sendiri sudah tiada untuk membela. Akhirnya, nenek pulang ke kampong. Nenek minta pada papa agar memelihara kami di kampong tetapi papa tidak benarkan. Erni pun hairan kenapapapa tak benarkan. Kalau dah tak sanggup memberi kasih saying kepada kami, apa salahnya orang lain membelai kami, mama! Papa bagaikan sengaja mahu menyeksa kami. Bila agaknya Erni dapat mengikut mama? Biar papa puas hati!

Dulu, ada juga papa bawa kami pulang ke kampong, tapi makcik dan Rafi tak ikut sama. Mungkin makcik rasa jijik dengan kehidupan di kampong. Papa kalau balik hanya satu malam sahaja, tetapi sekarng ini, kami dah lama tak balik kampong jumpa nenek. Kalau Erni tanya pada papa, papa kata tak sempat dan marah-marah. Kalau kami nak habiskan cuti sekolah di kampong pun papa tak benarkan. Papa kata, kasihan adik Rafi tiada kawan hendak bermain bersama-sama. Erni tahu, semuanya bohong, mama! Sebenarnya papa dan makcik tak benarkannya kerani kami dijadikan tempat melepaskan kemarahan mereka. Siapa lagi yang hendak mereka tengking? Kalau ikuitkan hati Erni, dah lama Erni bawa adik Eti lari dari rumah.. tetapi mana harus pergi? Ke rumah Nenek? Pasti papadapat mencari kami dan sudah tentu lebih buruk padahnya nanti. Ataupun, erni rasa lebih baik Erni menyusuli mama, namun… belum masanya selagi Tuhan tak izinkz. Berdosakah kalau Erni selalu berdoa minta agar Erni cepat menyusuli mama? Berdosakah Erni memohon begitu? Erni rasakan…

“Hei, Erni! Apa yang kau buat malam-malam buta ni, hah? Kenapa tak tutup lampu? Kau ingat banyak duit papa nak bayar bil api nanti?”…

mama, mama dengarkan? Mama dengar suara di luar sana? Suara itulah yang merampas kasih saying papa daripada kami. Kali ini Erni tidak mahu mengalah. Biar dia terpekik terlolong di luar. Makcik dah menang petyang tadi. Biarlah Erni menang pula..

“Ei! Bukak pintu ni! Dah pekak ke? Ked ah tak bernyawa lagi? Bukak pintu ni cepat…!!!”

Mama, Erni terpaksa mengalah lagi,m mama. Demi adik Eti… Tolonglah mama. Tolonglah doakan agar nasib kami berubah…

p/s- aku dah smbung balik cerpen ni, selamat terhibur. Hehehe





8 Responses to “FLASHBACK”

  1.   Him Says:

    murni? ada ker..tak perasan pulak..aku akan sedih jer bila tengok murni tu…hahaha

    http://ryanboxsword.blogs.friendster.com/my_blog/

  2.   'fahmi' Says:

    ya, majalah murni yang ada gambar kelas masa kita form 4, dalam majalah tu..mamat ada lukis kartun pasal x-file cerita hantu kat smsd.

    haha, akhirnya tertulis juga blog mung. tapi, jgn sedih sgt.. sesuatu perkara maybe ada hikmahnye.. aku, walapun monitor rosak, tetap bersabar je. hahaha..

    dalam kesedihan pastinya tersemat satu keistimewaan, cuma kita tak menjumpainya.. dipetik daripada kata pujangga. tapi aku dah lupa kat mana aku ambik..

    okey la, nice blog mung, seswai untuk merelease kan sedikit tekanan dalam diri..

    “malang tak berbau”, aku pun rasa macam nak tulis blog berpandukan tema ni, tapi tu per kara lama ler..hahahaha..

  3.   Him Says:

    tulah psl…sebelum ni rasa sedih ngat..entahle…tapi tu ah..setiap kesulitan tu ada jer kegembiraan untuk dicari…hidup perlu diteruskan…pengalaman mendewasakan…

  4.   Him Says:

    cepat benar mu bls mi,aik pakai monitor blur pun mu boleh taip betul pulak…tak perasan pun salah eja mana2…hebat giler ah mu…mu ada ke zaman malang dan sedih mcm aku ni?huhuhuhu

  5.   'fahmi' Says:

    Mung perasan dok? Dlm minggu ni aku x update blog? Bukan xmboh,tp susoh nk update.

    Masalah monitor satu hal dah, skrg ni problem line pulok. Aku ada call telekom,diorg kata area kmpg aku ada gangguan line sbb diorg tgh upgrade for 2weeks. Giler ar!

    Skrg aku guna hp utk online. Terpaksa aktifkn gprs kat no.Tel bru aku, hotlink 0142 tu..

    P/s- line problem: surf tak smooth; kejap ok - kejap tak.

  6.   Him Says:

    patutlah…lama sungguh aku tunggu mu update ni..lama nyer…x sambung2 pun lagi hok mu taip..huhuhuh

  7.   Him Says:

    bilalah line mu nak ok ork/huhuhu

  8.   ZUL Says:

    waa caya sama lu.. ada bakat dlm penulisan cerpen rupanya.. diam2 ubi berisi.masuk le pertandingan mengarang cerpen peringkat antarabangsa ker??mana tau.. mung nye luck bgs dpe hadiah misteri lg grand.. jd jutawan segera mung nnt.gurau2 jer.. hehehe

Leave a Reply